Abdul Hadi berkata, PRK itu merupakan masa yang tepat untuk rakyat menunjukkan protes terhadap pembohongan yang sedang berlaku dalam pentadbiran negara. 

“Janji harga minyak diturunkan serta merta bila menang, tetapi tidak diturunkan. Janji hapus tol pun tidak terhapus malah banyak lagi janji lain tidak dilaksana. Cukup jadi pengajaran kepada kita.

“Kita tak boleh pilih parti yang tidak pegang pada janji. Bagi orang Islam janji itu satu amanah yang sangat besar, kita tidak boleh bersama dengan pemimpin yang bersikap fasikh yang buruk dan bercanggah dengan moral manusia,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE