Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mereka sepatutnya berdepan cabaran dengan penuh kesabaran dan menghulurkan bantuan memperbaiki apa yang perlu.

“Apabila kita berjuang untuk parti kena penuh keikhlasan dan kesabaran, walau apa sahaja cabaran yang kita dapat kita akan berdepan dengannya.

“Kena penuh kesabaran dan terus memperbaiki apa yang boleh dibaiki dan bukannya dengan cara keluar dan lari daripada parti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Ab. Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan. - UTUSAN ONLINE