Cadangan itu dinyatakan Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang tidak bersetuju dengan gesaan Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali mahu kerajaan menetapkan bayaran yuran tinggi terhadap kumpulan berpendapatan tinggi (T20) bagi membantu golongan miskin.

Dominic menegaskan, gesaan Ibrahim itu sebagai satu polisi bersifat `menindas’ terhadap kumpulan berpendapatan tinggi selain bakal mewujudkan jurang diskriminasi yang serius di antara pelajar miskin dan kaya.

“Ada apa masalah dengan kumpulan berpendapatan tinggi? Asalkan mereka menghasilkan wang daripada sumber yang betul mereka tidak sepatutnya dilayan sebegini rupa.

“Lagi pun, kumpulan berkenaan sudah membayar cukai yang tinggi dan mengapa perlu mereka membayar yuran pelajaran anak-anak pada kadar tinggi,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE