“UMNO sekarang dalam keadaan untuk menarik sokongan rakyat. Rakyat dah menyampah episod sebegini.

“Kita jangan terkena getah tak tentu pasal. Biarkan daun yang reput jatuh sendiri,” kata Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Online malam ini.

Beliau turut menarik perhatian mengenai tindakan seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menempelaknya berikutan seruan beliau kepada semua pemimpin, ahli dan pendukung parti supaya tidak terlibat dalam kontroversi video seks songsang dikatakan membabitkan menteri terbabit.

“Saya tak pernah kata Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) bodoh sombong.

“Saya kata antara sebab rakyat menolak UMNO BN semasa PRU-14 adalah kerana ramai pemimpin UMNO yang sombong.

“Self criticism, termasuklah diri saya sendiri,” kata Mohamad.

Tempelak ahli MT terbabit terhadap kenyataan Mohamad:

“Korang nampak tak? Bila kena bab sekutu dia yang berkiblatkan Mahathir, laju aje Tok Mat dan Asyraf pertahankan. Tapi Najib, sedap aja dia kata sombong bodoh dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah.” -UTUSAN ONLINE