Che Abdullah Mat Nawi
CHE ABDULLAH MAT NAWI 

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerjasama tersebut tidak mengancam mana-mana pihak malah memberikan kebaikan kepada semua.

Beliau berkata, Pas meletakkan Islam sebagai dasar yang akan bertindak memayungi daripada melakukan sebarang kerosakkan.

“Kita telah menunjukkan contoh di Kelantan ini semua boleh datang dan lihat sendiri.

“Biarpun berpegang kepada dasar Islam namun kita tidak pernah menyekat bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Kelantan United FC di sini malam tadi.

Sementara itu, Che Abdullah berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab apabila mengajak rakyat ‘berperang’

“Guang Eng sepatutnya mengajak rakyat supaya bersatu padu dan bukannya mengeluarkan kenyataan bersifat provaksi kerana beliau ada salah seorang pimpinan utama negara.

“Kalau orang kampung biasa kita boleh terima, tetapi ini datang dari mulut pemimpin,” katanya.

Portal prokerajaan Malaysiakini, pada 6 Mac lalu melaporkan kenyataan Guan Eng menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.

Walau bagaimanapun, Malaysiakini memaklumkan bahawa Guan Eng telah memperbetulkan kenyataannya itu dan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’. - UTUSAN ONLINE