Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan taksub kepada pemimpin - TPM

ahmad zahid 2
AHMAD Zahid bersalaman dengan perwakilan sejurus sampai untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

PAGOH 12 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mempunyai sifat taksub terhadap mana-mana pemimpin sebaliknya harus mempunyai kesetiaan kepada parti.

Naib Presiden UMNO itu berkata, contoh mengutamakan parti melebihi kepentingan pemimpin atau individu itu boleh dilihat dalam UMNO Bahagian Pagoh yang hingga kini kekal dengan perjuangan parti.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan UMNO Pagoh terus bersama-sama pucuk pimpinan bukan mudah kerana bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri datang dari bahagian berkenaan.

“Saya faham keadaannya ia terlalu sukar (untuk UMNO Pagoh membuat keputusan terus bersama-sama pucuk pimpinan UMNO). Saya faham rasa terima kasih masih (terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin) ada dalam minda, itu hakikat dan memang budaya Melayu mengenang budi.

“Takkanlah habis madu sepah dibuang. Hakikatnya antara individu dan organisasi, kita utamakan organisasi dan jemaah,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain