Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, ini kerana tindakan beliau memburukkan imej negara serta polis namun enggan memohon maaf serta memperbetulkan keadaan amat dikesali.

Beliau juga berharap kerajaan mengkaji semula kouta menteri kaum India yang dilihat berlebihan iaitu tiga menteri dan seorang timbalan menteri berbanding jumlah mereka hanya mewakili 7 peratus rakyat Malaysia.

“Wahai Tun yang amat ku kasihi, apakah ayahanda mahu menyimpan beliau dalam Kabinet Malaysia ini. Kita mendesak supaya beliau digugurkan daripada anggota Kabinet,

“Mereka tidak berterima kasih, bagi betis nak paha, dahulu seorang menteri dan dua timbalan sahaja, saya minta ayahanda Tun kaji balik kouta ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE