Walaupun tentera siber pembangkang yang dikenali dengan julukan ‘Red Bean Army’ kini di­anggap sudah berkubur, ke­upa­yaan serpihan mereka sama ada yang beroperasi secara individu atau berkumpulan tetap tidak boleh dipandang remeh.

Mereka tidak boleh dibiarkan terus berleluasa menyerang UMNO dan kepemimpinannya dengan fitnah palsu yang sengaja disensasikan dalam komplot Pakatan Harapan untuk merampas Putrajaya daripada BN.

Kali ini, UMNO dan BN tidak boleh lagi menggunakan pendekatan bertahan iaitu dengan sekadar menafikan atau menjawab segala tuduhan palsu yang ‘ditembak’ oleh musuh.

Dalam hal ini, generasi muda UMNO yang menganggotai Pemuda dan Puteri perlu menunjukkan semangat keperwiraan mereka dengan bertindak sebagai hulubalang serta srikandi di barisan hadapan medan perang siber PRU-14.

Amat banyak ‘peluru’ yang mereka boleh gunakan untuk membalas tembakan tentera siber Pakatan Harapan.

Contohnya, skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing yang berlaku semasa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan kegagalan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan di sebalik kehilangan jam tangan Omega.

Risiko berada di barisan hadapan sememangnya besar ma­lah mungkin ada yang menjadi mang­sa tembakan curi namun segala jerih payah yang ditempuh di medan pertempuran bakal menjadi pengalaman ber­harga dalam membentuk ke­peribadian unggul sebagai panglima-panglima perang parti pada masa hadapan.