Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan politikkan isu pelantikan Chungrong

Tee Yong
TEE Yong (tengah) menyerahkan sebahagian daripada 20 kerusi roda kepada Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr. Mokhtar Ahmad (dua dari kanan) di hospital berkenaan, sebentar tadi.

SEGAMAT 13 Sept. - Khabar angin bahawa Tokoh automotif China, Li Chunrong bakal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. tidak perlu dipolitikkan kerana keputusan tersebut masih belum diputuskan lagi.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, spekulasi itu perlu dihentikan dan mana-mana individu yang dilantik nanti sudah tentu bertujuan memberi manfaat kepada Proton.

"Apa yang harus dilihat adalah kemampuan serta polisi yang diperkenalkan individu yang bakal dilantik memegang jawatan tersebut untuk membantu Proton dengan mampu mengeluar dan menjual lebih banyak kereta yang mampu bersaing dengan pengeluar lain.

"Jika Proton berkembang dengan pesat, sudah tentu negara akan dapat manfaatnya. Selain itu vendor-vendor Proton yang merupakan syatikat tempatan dan bumiputera juga akan berkembang dan mendapat faedah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan 20 kerusi roda kepada Hospital Daerah Segamat di sini sebentar tadi.

Tee Yong mengulas khabar angin yang menyatakan Chunrong bakal dilantik ke jawatan itu selepas beliau meletak jawatan dalam Dongfeng-Honda Engine Co Ltd dan menyertai Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, bulan lalu.

Chunrong, 53, sebelum ini dilaporkan melepaskan jawatan ahli lembaga pengarah dan naib presiden eksekutif Dongfeng-Honda pada 21 Ogos lalu, sebelum menyertai Geely keesokannya.

Tokoh berkenaan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam Dongfeng Automobile, susulan penyertaannya dalam syarikat automobil China itu pada 1987.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Yueda Kia Motor Co Ltd, Pengurus Besar Bahagian Kereta Penumpang Dongfeng, Penyelia Dongfeng Group serta Timbalan Pengarah dalam Lembaga Pengarah Dongfeng Automobile Co Ltd. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain