R. SIVARASA
R. SIVARASA 

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, adalah tidak wajar untuk semua pihak membuat kesimpulan sedemikian kerana setiap parti politik mempunyai pengaruh masing-masing.

Beliau yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR menarik perhatian kerajaan PH akan tetap meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat di samping menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita tidak boleh nilai daripada satu PRK. PH memang ada majoriti di Dewan Rakyat dan beberapa negeri.

“Ini adalah realiti, walaupun kita memegang majoriti tetapi kita tidak boleh menang di semua kawasan. Adalah mustahil untuk mana-mana kerajaan menang 100 peratus di semua kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sesi Interaksi Pemimpin bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) negeri Terengganu di Tabung Haji Hotel & Convention Centre di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra), Datuk Rubiyah Abd. Rahman.

Terdahulu, Sivarasa turut menyampaikan Sijil Kursus Induksi MPKK kepada wakil-wakil daerah.

BN mempertahankan DUN Rantau dalam PRK yang berlangsung kelmarin yang menyaksikan calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 10,397 undi menewaskan calon PH, Dr. S. Streram dengan majoriti 4,510 undi selepas pakar bius itu hanya memperoleh 5,887 undi. - UTUSAN ONLINE