Malah, Kor Ming yang terkenal dengan sifat biadab dan ang­kuh itu turut menggambarkan Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagai ‘Konsert Perpisahan’ buat Dr. Mahathir yang diramalkan akan mati selepas mereka berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bukan itu sahaja, Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak dalam nada menyindir memaklumkan sebaik sahaja mereka berjaya merampas kuasa itu, Dr. Mahathir akan menamatkan ha­yatnya sebelum naik ke ‘syurga’ untuk bertemu dengn bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bermain mahjong bersama.

“Konsert perpisahan dia la. Betul lah tu. Lee Kuan Yew umur 91 tahun pun dah naik syur­ga main mahjong. Tapi selalu kurang ‘satu pemain’

“Dia nak bawak ‘kawan lama’ (Mahathir) dia dekat atas. Orang tu (Mahathir) pulak tak sanggup naik. Sebab ada satu benda lagi tak siap. Kena potong Najib dulu. Jadi kita kena tolong ‘orang tua’ ni.

“Lepas dia dah siap benda ni, mungkin lepas tu. Good bye my love, kekasihku selamat tinggal,” kata Kor Ming dalam satu video berdurasi 1 minit 58 saat yang tersebar luas dalam media sosial.

Kelmarin, video Kuan Yau atau lebih popular dengan gelaran Superman Hew tersebar luas dalam media sosial menyaksikan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan mengakui Dr. Mahathir hanyalah sekadar ‘kuda’ dan kehadiran bekas Per­dana Menteri itu ke dalam gabungan pembangkang meru­pakan peluang ‘keemasan’ ter­akhir DAP untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Dalam pada itu, Kor Ming yang turut popular dengan penggunaan kata-kata kesat dalam ceramahnya sebelum ini seperti p&%#[email protected] dan [email protected] turut bersependapat dengan Kuan Yau yang berharap Dr. Mahathir ja­ngan mati sebelum mereka mencapai matlamat mereka.

“Jangan tepuk tangan dulu. Kita kena berdoa dia (Mahathir) jangan [email protected]&p%s dulu. Kita berdoa semoga dia panjang umur,” katanya.

Di samping itu, dalam video berasingan yang pernah tular, Kuan Yau menyamakan Dr. Mahathir dengan Shek Kin (watak Cina yang terkenal jahat) dan memujuk penyokong DAP untuk menerima Dr. Mahathir kerana beliau merupakan ‘Shek Kin yang sudah mahu mati’.

“Dr. Mahathir sudah 92 tahun. Lim Kit Siang hanya 75 tahun. Ini ‘game’ terakhir untuk Mahathir. Kit Siang masih ada banyak masa lagi. Siapa guna siapa sendiri tahulah,” ujar Kuan Yau.