Ini kerana, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kelemahan mereka bukan bermakna UMNO dan BN kuat sekali gus mahu semua ahli UMNO dan BN tidak sentiasa berpeluk tubuh.

“Kita dalam UMNO dan BN tidak boleh mengambil mudah. Orang tidak suka, tidak yakin dengan pembangkang tidak bermakna mereka tahu apa yang kita (UMNO dan BN) lakukan.

“Kita di peringkat parti mesti turun ke bawah memberi penerangan mengenai perjuangan kita,” katanya ketika diminta mengulas berhubung ada dalam kalangan ahli PPBM yang kebelakangan ini mengumumkan keluar parti.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Padang Awam Paloh, di sini sebentar tadi.

Justeru katanya, jentera UMNO dan BN perlu memainkan peranan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE