AZMI ALI
AZMI

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, tuntutan tersebut dibuat kerana sengaja mahu mencabar kedudukan istimewa orang Melayu yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata, semua pihak perlu berbalik kepada asas penubuhan negara ini tolak ansur orang Melayu yang mengorbankan tanahnya untuk sama-sama didiami dengan kaum lain.

"Hindraf boleh tuntut tetapi mesti berpaksikan kepada perlembagaan negara kerana sebelum pembentukan Malaysia, negara ini adalah Tanah Melayu dan orang Melayu mengizinkan kaum lain tinggal di tanah ini dengan syarat hak keistimewaan mereka, kedaulatan Islam, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Jangan layan tuntutan Hindraf kerana implikasi sangat buruk seandainya UiTM dibuka kepada kaum lain. Tidak kiralah sejauh mana negara ini merdeka asas perlembagaan harus dipegang," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Kelmarin, Hindraf menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) de­ngan menyenaraikan 25 cadangan bagi menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India, antaranya pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum itu ke universiti awam termasuk UiTM. - UTUSAN ONLINE