Pengerusi PKR negeri berkenaan berkata, dakwaan yang tersebar kononnya beliau akan mengosongkan kerusi Parlimennya untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri adalah tidak benar.

Mengakui terkejut dengan perkara itu yang tersebar menerusi WhatApps hari ini, beliau berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat dengan beliau oleh mana-mana pihak untuk mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenanginya.

“Semua itu tidak betul, malah saya difahamkan tempoh Tun Abdul Rahman memegang jawatan berkenaan masih berbaki dua tahun lagi, kita sokong penuh Yang Dipertua Negeri,” katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE