AZMAN JAAFAR
AZMAN JAAFAR

Wakil Pemuda UMNO Johor, Azman Jaafar berkata, tanpa penguasaan ekonomi digital, generasi muda Melayu akan terus tertinggal biarpun negara ini te­lah mencapai status negara maju.

“Agenda Melayu maju harus ditekankan dalam TN50, pastikan bangsa Melayu menguasai ekonomi digital pada masa akan datang.

“Pastikan juga perjuangan Melayu dalam TN50 tidak ada kompromi sama sekali kerana itu adalah tunjang kepada negara ini,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)di sini hari ini.

MOHAMED NOOR
MOHAMED NOOR

Sementara itu wakil Pemuda UMNO Kedah, Mohamed Noor Mohamed Amin berkata, kepesatan ekonomi digital ketika ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk golongan bumiputera.

Jelasnya, keyakinan Pe­nga­sas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma terhadap ekonomi negara menerusi pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) memperlihatkan betapa besarnya potensi bidang tersebut.

“Kenapa Jack Ma memilih Malaysia untuk buka platform Alibaba? Ini kerana kestabilan ekonomi dan politik di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kenapa tidak di Dubai, Bangkok, Singapura ataupun Indonesia yang mempunyai populasi lebih ramai dari Malaysia? Ini ke­rana dia yakin dan percaya dengan kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara,” katanya.