Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Baginda kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri melalui laporan-laporan semua pihak.

“Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan. Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” titahnya akaun Facebook rasminya hari ini. - UTUSAN ONLINE