LIOW TIONG LAI
LIOW TIONG LAI

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu dapat dilihat apabila parti cauvinis itu sering mempermainkan apa jua isu untuk kepentingan mereka dan dengan mudah bertukar ‘rakan politik’.

“Jangan kita berharap parti itu akan memperjuangkan nasib masyarakat Cina di negara ini. Kita tahu mereka kerap mempermainkan isu dan asyik tukar rakan politik daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad pula.

“Itulah agenda dan matlamat sebenar DAP. Sebuah parti yang mempermainkan emosi masyarakat Cina dan menggadaikan kepercayaan diberikan semata-mata untuk merampas kuasa," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun MCA Ke-69 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan. - UTUSAN ONLINE.