Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan berdiam diri

Tunku Aziz gesa Kit Siang sahut pelawaan berdebat

Tunku Abdul Aziz 2
Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 17 Mei - Penasihat DAP, Lim Kit Siang sekali lagi digesa menerima pelawaan berdebat bersama Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai dakwaan pe­mimpin itu mengamalkan pemerintahan diktator.

Menurut bekas Naib Pengerusi DAP itu, gesaan tersebut dibuat memandangkan pemimpin supremo DAP itu masih ‘membisu’ dan enggan memberi sebarang penjelasan terhadap dakwaan tersebut sejak diajak berdebat lebih sebulan lalu.

Malah kata Tunku Abdul Aziz, sikap berdiam diri pemimpin tertinggi DAP itu sehingga kini turut menimbulkan pelbagai kemusykilan.

“Pada 4 April lalu, saya mengajak Kit Siang untuk berdebat bagi menyangkal tuduhan pemerintahan diktator pemimpin itu serta mempertahankan diri kononnya memperjuangkan demokrasi, namun beliau masih berdiam diri.

“Oleh itu, saya rasa amat munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa beliau bersetuju dengan dakwaan pemerintahan diktator itu,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan isu tersebut di sini hari ini.

Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mempelawa Kit Siang untuk berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan DAP selepas penasihat parti itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mendakwa keputusan tersebut dilihat sebagai muslihat untuk memperdaya pengundi Me­layu mempercayai bahawa orang Melayu kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz turut mengalu-alukan keputusan sekiranya Kit Siang bersedia untuk berdebat dengannya berkenaan perkara itu.

“Saya bukan mahu mencabar beliau berdebat, saya hanya beri Kit Siang ruang untuk beliau bercakap kepada rakyat dan mempertahankan dirinya. Ramai berasa tidak puas hati dalam parti itu, malah ada juga meletak jawatan. Rakyat menilai semua perkara ini.

“Jadi, jika DAP mahu memberi inspirasi kepada rakyat untuk mengubah kepemimpinan, mereka harus mengamalkan demokrasi. Mereka asyik melaungkan slogan ‘ubah’ dengan harapan seluruh rakyat akan mengubah negara tetapi sebelum berbuat demikian, DAP perlu ubah terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depan DAP dalam pilihan raya akan datang, Tunku Aziz berkata, beliau hanya boleh menilai berdasarkan keadaan semasa.

Katanya, dalam pilihan raya umum lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyifatkan sokongan kaum Cina sebagai ‘tsunami’ de­ngan lebih 95 peratus undi beralih kepada DAP.

“Saya mempunyai banyak rakan berbangsa Cina dan saya mendapati mereka sangat pragmatik dan praktikal. Ramai sedar mereka membuat kesilapan besar,” katanya.

Menurutnya, kaum Cina tidak akan mengulangi kesilapan lagi kerana rakyat bijak menilai manfaat diperoleh sekiranya menyokong Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang tidak mempunyai perpaduan antara sekutunya.

“Jadi, ini pandangan saya me­ngenai sokongan kaum Cina. Ya, saya mengakui sebahagian daripada golongan itu mengundi parti pilihan mereka, namun ramai juga kembali menyokong Barisan Nasional (BN) yang selama ini membawa kemajuan, keamanan, perpaduan dan persekitaran yang membolehkan semua rakyat menjalankan kehidupan secara harmoni tanpa sebarang hala­ngan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain