AHMAD SAIDI
AHMAD SAIDI

Beliau berkata, isu tersebut tidak boleh disamakan dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 2009 kerana ia bukan melibatkan dua parti yang berbeza (pembangkang dan kerajaan), sebaiknya membabitkan parti antara kerajaan.

“Saya hendak cerita ini, jangan dicabar sebab yang merancang ini adalah dari pihak sebelah sana (kerajaan), bukannya kami. Saya masih lagi setia bersama bos saya, ketua pembangkang. Kalau benar Khamis kami dipanggil, Rabu kami berkhemah di balai polis hendak ceritakan masalah ini.

“Sebab kami sayangkan negeri inilah, kami bangkitkan perkara ini. Punyalah bagus Chenderiang (Ahmad Faizal), tetapi ada yang tidak suka. Saya kesian tengok Chenderiang, orangnya hebat, boleh berlakon tetapi saya tidak tahu kenapa mereka tidak menghormati beliau sebagai Menteri Besar yang dilantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Perak 2018 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Ahmad Saidi berkata, beliau dan rakan-rakan pembangkang lain sedia untuk bertanggungjawab atas apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan kerana bukan mereka yang merancang peralihan kuasa tersebut.

"Apa yang berlaku sekarang ialah parti kerajaan dan kerajaan. Nak jadi apa? Nak tunjuk dekat rakyat yang kerajaan hari ini gagal memerintah dengan baik? Hendak tunjuk dekat rakyat kerajaan tidak dapat bersatu?," soalnya. - UTUSAN ONLINE