Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sekiranya prinsip itu diamalkan, ahli dan masyarakat akan terus memberikan sokongan kepada parti tanpa berbelah bahagi sekali gus tidak perlu bergantung kepada seseorang individu atau satu pemimpin sahaja.

“Jika ini dapat dilakukan (mengenepikan kepentingan diri dan keluarga), siapapun yang menjadi imam (pemimpin), maka jemaah dan saf (ahli parti dan masyarakat) akan terus kuat dan sokongan, insya-Allah akan tetap beri kejayaan kepada parti dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di Hotel Holiday Villa di sini sebentar tadi.

Persidangan tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - UTUSAN ONLINE