Perak yang menolak permohonannya untuk menjadi ahli parti tersebut.

Menurutnya, beliau tidak bersedih dengan penolakan itu sebaliknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka

kerana ia merupakan hak parti itu.

Katanya, beliau mengakui mengisi borang keahlian untuk mendaftar sebagai ahli PPBM di sini semalam.

"Ya memang saya isi borang. Saya nak sertai PPBM kerana saya tak ada parti. Sebagai orang politik apabila ada platform untuk menjadi ahli sesebuah parti saya cuba mendaftar.

"Tapi kalau mereka tolak, tak apalah. Saya tiada masalah, saya terima itu sebab hak mereka, itu parti mereka, saya

tiada perasaan marah atau sedih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jamaluddin ialah salah seorang daripada tiga ADUN pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas pada Februari 2009 yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Terdahulu hari ini, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan memaklumkan PPBM menolak permohonan Jamaluddin untuk menyertai parti itu tanpa rundingan.

Menurutnya, keputusan itu diambil berdasarkan prinsip bahawa setiap kemasukan individu ke dalam Pakatan Harapan akan dipertimbang dengan tegas supaya segala episod duka rakyat tidak berulang. - UTUSAN ONLINE