JAMAL YUNOS
JAMAL YUNOS

Pemilihan akan dijalankan pada akhir bulan ini.

Memetik laman sosial Facebooknya yang turut dikongsi oleh Iqbal Khalid yang memuatnaik postingnya kira-kira lima jam lalu, Terkini: Jamal Yunos menawarkan diri sebagai Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia & Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018-2021.

Berdasarkan catatan yang terpampang, semalam, 17 Ramadan bersamaan dengan 2 Jun, selepas menerima pandangan dan sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan, Jamal Md Yunos menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon.

 

Menurut catatan itu lagi, tujuan Jamal menawarkan diri untuk bertanding adalah untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli UMNO seluruh Malaysia, terutama kepada Pemuda untuk bersama-sama meneruskan perjuangan.

“Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE