Kepentingan tersebut juga tertakluk kepada mereka yang tidak mengundi Pakatan Harapan dan sebagai kerajaan baharu Malaysia, perbezaan bangsa, agama dan pandangan politik harus diketepikan.

Ujar Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi laman blognya, sejarah baharu di negara ini telah terbentuk pada 9 Mei lalu dan seluruh dunia sedang mengkagumi Malaysia.

Memetik ucapannya dalam blog.limkitsiang.com, hal ini turut terjadi kerana Malaysia mampu bergerak menjadi sebuah negara demokrasi yang normal.

"Lebih-lebih lagi rakyat di negara ini mampu mengubah kerajaan secara aman dan demokratik tanpa menggunakan sebarang keganasan atau pun keadaan yang huru-hara," katanya. - UTUSAN ONLINE