Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jabatan tersebut turut meneliti kesemua calon berkenaan menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

Katanya, senarai berkenaan boleh dimuat turun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/.

“Bagi senarai peringkat bahagian boleh merujuk terus kepada Badan Perhubungan UMNO negeri atau bahagian masing-masing.

“Selamat bersidang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE