KUALA LUMPUR, 24 Mei -- Menteri Tenaga Manusia, Kulasegaran A/L
KUALA LUMPUR, 24 Mei -- Menteri Tenaga Manusia, Kulasegaran A/L

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, sekiranya berpeluang, beliau akan membangkitkan isu Zakir dengan Perdana Menteri India.

“Saya memberi jaminan kepada rakyat apabila saya pergi ke India dan jika saya mempunyai peluang menemui Perdana Menteri India, Narendra Modi, saya akan bincang perkara ini dengan beliau,” kata Kulasegaran.

Kulasegara berkata, Rabu lalu, beliau dan dua Menteri dari DAP, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar telah membangkitkan isu Dr. Zakir dalam mesyuarat Kabinet.

Kulasegaran berkata, jika New Delhi mengemukakan sebarang permohonan ekstradisi, Putrajaya akan bertindak “mengikut kedaulatan undang-undang” kerana nasib Zakir sepatutnya ditentukan oleh mahkamah dan bukannya oleh seorang individu atau kerajaan.

"Tetapi pada dasarnya ialah kerajaan India perlu membuat permohonan itu.

“Kami membincangkannya dan menyimpulkan akan tanya peguam negara jika ada sebarang permohonan rasmi dari India,” kata ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Kulasegara juga berkata, tidak salah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan Zakir tidak akan diusir selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Jelas beliau, pendirian Dr. Mahathir sejajar kedaulatan undang-undang.

Pada 10 Julai lalu  Dr. Mahathir menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan perlu mempertimbang­kan pelbagai faktor dan bukan sahaja melihat kepada desakan sesetengah pihak dalam perkara tertentu.

Zakir didakwa dikehendaki pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan aktiviti keganasan.

Pendakwah bebas itu bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dirinya menjadi mangsa media India yang mensensasikan isu itu bagi mendapatkan lebih ramai pembaca atau penonton.