Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal jika ada pihak cuba menjadikan TH sebagai 'kambing hitam' sedangkan institusi tersebut yang lahir hasil idea Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid begitu besar jasanya kepada umat Islam.

"Adalah amat malang jika TH dijadikan kambing hitam, jadi kita menuntut kepada siasatan yang seadil-adilnya dan bagi maksud tersebut hanya satu cara iaitu Suruhanjaya Diraja," katanya dalam sesi Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE