BUDIMAN MOHD. ZOHDI

Budiman: Saya percaya ramai pemimpin yang berkelayakan dan berkebolehan yang mampu memikul amanah ini namun parti memilih dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada saya untuk bertanding. Saya anggap ini sebagai satu cabaran dan saya akan pastikan segala perancangan yang telah disusun akan dicapai dengan jayanya.

Apakah tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki dua tahun lagi cukup untuk memastikan khidmat kepada rakyat dapat dilaksanakan sepenuhnya?

Saya fikir soal tempoh masa tidak timbul kerana ketika ini pun saya telah menjalankan tugas serta khidmat bakti sebagai ADUN Sungai Panjang dan membangkitkan isu-isu rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Jika rakyat meletakkan kepercayaan kepada saya selaku Ahli Parlimen Sungai Besar, saya akan turut membangkitkan kepentingan rakyat di Dewan Rakyat.

Mungkinkah ada pihak ter­tentu dalam BN sendiri tidak berpuas hati kerana tidak terpilih sebagai calon?

Saya percaya tidak akan ada perkara sedemikian dalam BN khususnya di Parlimen Sungai Besar ini. Malahan, saya percaya kepada semangat kerja berpasukan dalam BN, inilah kekuatan kita, iaitu saling lengkap-melengkapi kerana bagi kita, tidak kira siapa yang bertanding asalkan membawa matlamat dan panji-panji BN untuk rakyat.

Adakah akan berlaku peningkatan prestasi BN pada PRK kali ini?

Insya-Allah. Kita berusaha untuk mencapai kemenangan yang lebih baik dalam PRK ini nanti. Namun, untuk mencapai kemenangan itu, saya dan rakan-rakan dalam jentera BN akan bekerja lebih keras sebagai satu pasukan dan memenangi hati rakyat semua kaum.

Bagaimana BN bersedia berhadapan dengan taktik pembangkang dalam kempen PRK nanti?

Saya dan rakan-rakan bersedia untuk berhadapan dengan pihak lawan. Seperti yang kita tahu, kita akan berkempen dalam bulan Ramadan dan saya harap semua pihak menghormati bulan mulia itu dan mengelakkan sebarang kempen yang tidak sihat.