ABDUL FATAH MAHMOOD
ABDUL FATAH MAHMOOD

Dalam masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Fattah Mahmood berkata, tindakan PAN yang cuba menjadi 'hero' dalam isu tersebut menyebabkan peniaga terjejas sumber pendapatan ekoran tidak mahu berpindah ke pasar baharu.

"Saya juga hairan kenapa peniaga enggan berpindah sedangkan pelbagai kemudahan disediakan di Pasar Siti Hajar. Malah sehingga kini mereka enggan berpindah tanpa mendengar penjelasan daripada kerajaan negeri.

"Ada parti seolah-olah mahu menjadi hero dalam kes ini sedangkan ia menjejaskan pendapatan peniaga apabila tidak berpindah di pasar baharu yang kita sediakan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, 500 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak pihak berkuasa tersebut menyiasat isu kos pembinaan Pasar Siti Hajar yang didakwa terlalu tinggi.

Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil (pembekal) Pasar Pasir Puteh, Kamarul Zaman Che Ngah mendakwa, kos pasar tersebut yang dianggarkan bernilai RM6.1 juta dilihat tidak setimpal dengan keadaan sebenar bangunan itu.

Sementara itu, Ab. Fattah berkata, kerajaan negeri sedia disiasat SPRM  berhubung pembinaan Pasar Siti Hajar membabitkan kos RM6.1 juta.

Katanya, pembinaan tersebut telah mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Kita tidak ada masalah sekiranya SPRM mahu menyiasat kerana kita sentiasa terbuka. Malah kita juga menafikan bahawa lot kedai terlalu sempit kerana kita telah menambah keluasan kepada 6x6 kaki persegi.

Mengulas lanjut, Ab Fattah meminta peniaga berpindah terlebih dahulu sebelum mengatakan lokasi itu tidak strategik dan pihaknya sentiasa mendengar luahan serta pendapat peniaga.- UTUSAN ONLINE