“Saya memohon maaf kepada semua berhubung kenyataan saya. Saya sedar bahawa itu kesilapan besar dan saya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Maaf sekali lagi dan saya menyesali tindakan saya,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas beliau cuba untuk mempertahankan diri dengan mendakwa komennya itu merujuk kepada persepsi orang ramai yang mahu dihapuskannya.

“Itu apa yang orang kata, tapi itu persepsi yang salah dan perlu diperbetul. Apa persepsi orang ramai, saya perlu tahu. Saya tidak bersetuju. Ia perlu diperbetul.

“Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah jika Barisan Nasional (BN) fikir mereka boleh dapat undi dengan meletakkan calon dalam kalangan kaum tertentu, itu tidak betul,” katanya semalam.

Terdahulu, Manogaran yang juga calon PH di kawasan sama semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)a memberikan perumpamaan melibatkan kuih, bagi menyokong hujahnya bahawa orang Melayu tidak akan memberikan sokongan kepada calon Orang Asli.

“Ikut perkiraan BN, mereka fikir... Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.

“Orang Melayu akan tanya, kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?’ Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli,” katanya.

BN hari ini mengumumkan akan meletakkan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon PRK Parlimen Cameron Highlands. - UTUSAN ONLINE