HALIMAH ALI
HALIMAH ALI

Calon Pas Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia, Dr. Halimah Ali berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, pelbagai janji dibuat Pakatan Harapan termasuk akan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata, namun setelah dipilih dan membentuk kerajaan, segala yang dijanjikan tidak pula ditunaikan malah mencipta pelbagai alasan termasuk mendakwa pemberian BR1M sebagai rasuah politik.

“Sebelum PRU-14 mereka berjanji akan meneruskan bantuan ini (BR1M) namun selepas menjadi kerajaan, ada macam-macam alasan. Rasuahlah, tak boleh terus sebab membuatkan rakyat jadi malaslah dan pelbagai lagi.

“Janganlah permainkan emosi rakyat dan golongan memerlukan. Sebab itu bagi Pas politik matang dan sejahtera diperjuangkan untuk kebaikan rakyat,” katanya yang ditemui dalam program Walkabout Calon Pas di tapak Pasar Malam Kampung Lindungan dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE