Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan terhadap istiadat tersebut.

Istiadat berkenaan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk diadakan  Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu," kata Datuk Mohamad Munir.

Dengan pelantikan tersebut, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Mohamed Azmin sebelum ini dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kabinet baharu Kerajaan Persekutuan.-UTUSAN ONLINE