Menurut laporan portal BNPC, Ahli Parlimen Bera itu yang juga Naib Presiden UMNO dipilih sebulat suara di dalam mesyuarat ahli-ahli BNPC, di Parlimen hari ini.

Turut dipilih ialah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan sebagai Timbalan Pengerusi.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad sebagai Setiausaha, manakala Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Bendahari.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Sadique Tenggara, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid dan Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa.

Mesyuarat yang turut dihadiri Ketua WHIP, Datuk Seri Azalina Othman Said turut membincangkan hala tuju BNPC selepas BN menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

BNPC sebelum ini dikenali sebagai BNBBC dan kini dianggotai oleh 55 Ahli Parlimen BN dan portal BNPC boleh dilayari menerusi www.bnpportal.com. - UTUSAN ONLINE