Ismail meraih 354 undi sementara Nik Mohd. Noor Azwan Mustapha (308 undi) dan Mat Tarmizi Mohd. Yusof memperoleh 84 undi.

Sementara itu, Mohamad Nizam Che Mohamed Ali memenangi jawatan Timbalan Ketua PKR Cabang selepas meraih 337 undi, menewaskan dua pencabarnya, Noor Ahmad Maliki Mohd. Nor (236) dan Zuhairi Che Mat ssbanyak 86 undi.

Jawatan Naib Ketua Cabang itu dimenangi Rezal Abdul Rahim dengan meraih 298 undi, menewaskan Nik Hassan Nik Ya yang mendapat 296 undi manakala Tuan Rosli Tuan Ab. Kadir mendapat 79 undi.

Sementara itu, Ismail ketika ditemui berkata, pemilihan kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah PKR di cabang ini kerana masing-masing tampil menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

Dalam pada itu, sumber tidak rasmi memaklumkan Jawatan Timbalan Presiden PKR berpihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - UTUSAN ONLINE