Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kepercayaan kepada sesebuah parti hanya akan diperoleh apabila pemimpin itu konsisten dengan dasar dan pandangan yang dibawa seperti yang terdapat dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, perpecahan da­lam kalangan pembangkang dilihat bakal memberi kelebihan kepada BN untuk merampas kembali kerusi di negeri yang dikuasai mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan menggembleng tenaga serta kerja keras daripada semua pihak dalam parti.

“Walaupun kelemahan pembangkang itu akan memberi impak positif kepada kita, BN tidak boleh terpedaya atau berasa selesa de­ngan situasi itu, malah perlu memperkemaskan usaha dan meneruskan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Retreat Pergerakan Puteri UMNO Selangor di A’Famosa Resort, Simpang Ampat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.