Menurut LGM, bayaran IPG bagi Semenanjung adalah sebanyak RM 0.15 sekilogram, Sabah (RM 0.45 sekilogram) dan Sarawak (RM0.35 sekilogram).

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan April 2019 mulai 1 hingga 31 Mei 2019,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas LGM, mulai Januari lalu, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Pada bulan April jelasnya, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah Semenanjung sebanyak RM 2.35 sekilogram, manakala Sabah RM2.05 sekilogram dan Sarawak RM 2.15 sekilogram. - UTUSAN ONLINE