Datuk Dr. Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, pihaknya juga turut mempersoalkan kenyataan Guan Eng kerana memaklumkan negeri ini perlu membayar Kedah untuk setiap bekalan air bersih.

“Kita ingatkan beliau sudah insaf, janganlah cari gaduh dengan negeri lain sebaliknya selesaikan masalah di Pulau Pinang dahulu,” katanya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng (DAP-Air Puteh) berkata, banjir di SPU dan SPT sepatutnya surut berikutan fenomena hujan lebat sudah berhenti tetapi bencana itu masih berlarutan kerana menerima limpahan air banjir dari Kedah. - UTUSAN ONLINE