Kayveas berkata, beliau mendapat persetujuan dan sokongan semua ahli MyPPP untuk mencalonkan dirinya dalam PRK itu dan mendakwa pernah dipermainkan sebelum ini.

“Saya dijanjikan kerusi di Cameron Highlands tetapi saat akhir berlaku perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Saya tidak mahu menunggu sehingga lima tahun untuk bertanding semula di situ.

“Kami, MyPPP akan berusaha untuk menang dan menawan pengundi di Cameron Highlands. Saya yakin PRK kali ini akan menjadi lebih menarik dengan pertembungan tiga parti,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MyPPP, di sini hari ini.

M.Kayveas mengakui melalui jalan sukar selepas mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN), namun merasakan MyPPP kini sebuah parti yang bebas untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana komponen parti lain.

Sebelum ini, MyPPP mengumumkan secara rasmi keluar dari BN Mei lalu selepas bersama bekas parti pemerintah itu sejak 1994. - UTUSAN ONLINE