Anak bongsu kepada penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 itu turut meletakkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Rim Rabu lalu.

Menurut Imanuddin, keputusannya untuk keluar UMNO adalah kerana merasakan parti itu sudah tiada hala tuju selain kecewa dengan sikap ahli dan pemimpinnya yang bergaduh sesama sendiri.

“Arwah ayah selalu mengingatkan lima perkara dalam parti iaitu rakyat, orang parti, masyarakat sekeliling, keluarga dan akhir sekali diri sendiri tetapi disebabkan mengutamakan kepentingan diri Barisan Nasional (BN) kalah.

“Kini UMNO seharusnya menjadi pembangkang berhemah, namun saya tidak nampak mana hala tuju sebenar,” katanya.

Terdahulu, Imanuddin bersama 30 ahli UMNO menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE