Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ikatan pembangkang rapuh, ada agenda tersirat

BARISAN pemimpin Barisan Nasional yang menjayakan program  Ceramah
BARISAN pemimpin Barisan Nasional yang menjayakan program Ceramah Rakyat, Negaraku, Generasiku di Padang Awam Taman Kucai, Padang Serai, Kedah, semalam. mingguan/AZMAN ASMAYATIM

PADANG SERAI 11 Mac – Pembangkang tidak akan berhenti daripada terus menghasut rakyat agar membenci kerajaan serta menanam perasaan marah kepada Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sekarang.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berkata, mereka beranggapan rakyat akan meneri­ma bulat-bulat semua tohmahan yang dilontarkan, justeru bertindak ekstrem untuk membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mentadbir negara.

Namun hakikatnya katanya, mereka sendiri masih lemah serta `diikat’ dengan tali yang rapuh dan gagal berfungsi dengan sempurna kerana setiap parti dalam pakatan pembangkang memiliki agenda tersirat, malah masih gagal memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat mandat mentadbir negara.

“Nama Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah dicanangkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun terlalu banyak nama yang dicalonkan untuk menjadi orang nombor satu antaranya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PKR.

“Kita tengok depa (mereka) nak rakyat pilih pembangkang jadi kerajaan, tapi mereka sendiri masih berbalah siapa nak jadi Perdana Menteri sekiranya dapat mandat. Ada yang kata dari PPBM, ada yang calonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Bolehkah rakyat hendak percaya dengan pakatan yang rapuh ini? Jadi, kita harap rakyat jangan terpengaruh dengan emosi dan hanya ikut sentimen semata-mata sehingga silap pilih kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Ce­ramah Rakyat, Negaraku Ge­nerasiku di Padang Awam Taman Kucai di sini malam tadi.

Antara penceramah yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden MyPPP, Datuk Loga Bala Mohan; Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai; Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany dan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah, selepas 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, diakui kerajaan yang ada bukanlah sempurna, namun perjuangan untuk membangunkan negara tidak pernah selesai.

Jelasnya, negara telah dipimpin oleh lima Perdana Menteri, namun tiada yang diasak berterusan seperti Najib yang terus komited serta fokus dengan kerja.

“Rakyat pun kena ingat proses tukar kerajaan bukanlah semudah kita tukar baju. Hari ini nak pakai baju merah, esok nak pakai baju oren lepas tu nak tukar baju biru.

“Kita lihat apa yang berlaku di Iraq selepas Saddam Hussein, Libya selepas Muammar Gaddafi dan Mesir selepas Hosni Mubarak yang dijangka berubah selepas pemimpin yang ada ditumbangkan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,” ujarnya.

Othman turut mengingatkan yang usaha membina negara sehingga mencapai kejayaan seperti sekarang bukanlah satu tugas mudah sekiranya Malaysia tidak memiliki kerajaan yang kukuh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain