Beliau jelas menyatakan rasa terkilan kerana gagal hadir pada majlis Bersua Muka Mencari Kebenaran yang dikelolakan UMNO Bahagian Tangga Batu di Klebang Besar, di sini, semalam.Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, ketidak hadirannya bukan disengajakan malah beliau ingin turut sama memberi sokongan namun terpaksa menghadiri majlis keluarga di Ipoh, Perak.Saya mengetahui kehadiran Datuk Seri Najib ke Melaka daripada kenalan saya yang rapat dengan beliau.Namun pada waktu sama saya berada di luar Melaka, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Jelas Idris, Najib juga ada mempelawanya untuk beriadah pagi ini di Melaka namun terpaksa ditolak kerana masih bersama keluarga.Saya dengan sungguh berat hati terpaksa menolak pelawaan beliau kerana masih berada di Ipoh berikutan menghadiri undangan ahli keluarga terdekat, katanya.