Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan akan memfokuskan kepada dua konvensyen yang lebih mudah iaitu Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT).

"Dua konvensyen ini tidak banyak isu dan saya fikir ia menjadi tumpuan kerajaan sekarang.

"ICERD menjadi konvensyen terakhir diratifikasi kerajaan kerana ia membabitkan soal undang-undang yang harus diperhalusi selain kerajaan mahu mendapatkan pandangan pelbagai pihak menerusi meja rundingan bagi menghilangkan kerisauan dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kanta intraokular kepada golongan kurang berkemampuan dalam Parlimen Indera Mahkota di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE