DR.NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
DR.NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS 

Implikasi itu, kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohd. Aris, termasuklah perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai antara pemimpin Melayu, Cina serta India sewaktu menuntut kemerdekaan dulu.

Perkara itu, jelas beliau, pastinya menimbulkan keresahan dan kebimbangan yang amat sangat dalam kalangan bumiputera sebagai penduduk majoriti di negara ini.

“Meratifikasikan ICERD ini pastinya akan memberikan kesan kepada kedudukan Islam, orang Melayu, institusi beraja dan Perlembagaan Persekutuan kerana antara isi kandungan perjanjian tersebut dalam isu  definisi dan skop diskriminasi adalah sangat luas, di mana segala bentuk yang bersifat diskriminasi di negara ini termasuk hak istimewa, politik dan undang-undang perlu dihapuskan.

 "Antaranya adalah termasuk mengubah dasar kita, di mana undang-undang yang berhubung kait dengan hak-hak istimewa orang Melayu dan anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dikhuatiri dimansuhkan," kata beliau dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE