Che Siti yang berusia 104 tahun sebelum ini sudah 18 tahun lumpuh.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memaklumkan, arwah dijangka akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Dengan rasa dukacita dan sedih saya ingin maklumkan Ibunda kepada Datuk Dr. Ibrahim Ali Presiden Perkasa telah kembali ke rahmatullah pagi ini," katanya melalui aplikasi WhatsApp. - UTUSAN ONLINE