Menurut wanita tersebut, Ariffinah Mat Ripin, beliau dan anak-anaknya bersiap sejak pukul 8 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di sekolah berkenaan.

Empat anaknya ialah Nor Azratul Azrin Nordin, 33, Nor Ain Shaheera,30, Nor Aimi Amira, 27, dan Nor Aina Alia, 25.

Menurut Ariffinah,55, itu merupakan salah satu usahanya bagi menanam kesedaran terhadap anak-anaknya untuk melaksanakan hak sebagai rakyat Malaysia.

“Saya beri kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk membuat keputusan. Mereka boleh pilih calon yang dirasakan layak,” katanya ketika ditemui di SK Serting Ilir di sini.

Menurut beliau, suaminya tidak ikut mengundi bersama kerana menjadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala dua lagi anaknya masih bersekolah dan tidak layak mengundi.

Sementara itu, keempat-empat anak gadisnya ketika ditanya mengenai kriteria calon pilihan mereka hanya menjawab : “Undi adalah rahsia.” - UTUSAN ONLINE