Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysiakini perlu patuh etika kewartawanan

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Portal propembangkang, Malaysiakini perlu mengikut etika kewartawanan dalam menyampaikan maklumat agar tidak disamakan de­ngan kebanjiran ‘wartawan tidak bertauliah’ di media sosial.

Profesor Datuk Mohd. Rasid Hussin
Profesor Datuk Mohd. Rasid Hussin

Presiden Institut An­­tarabangsa Strategi Pengurusan Risiko dan Krisis (Iirmacs), Profesor Datuk Mohd. Rasid Hussin berkata, etika kewartawanan itu juga turut terpakai kepada semua pengamal media tidak kira media cetak mahupun media elektronik.

Menurutnya, kecenderungan beberapa media yang gemar me­laporkan perkara tidak benar akan merugikan banyak pihak termasuk mengakibatkan keadaan tidak stabil dari segi ekonomi, politik dan sosial.

“Oleh itu, pengamal media perlu mempunyai pega­ngan integriti dan kredibiliti agar tidak melaporkan berita yang boleh menggugat toleransi sesama rakyat dan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dalam kenyataannya berkata, kebanyakan laporan portal berkenaan memutarbelitkan fakta hingga menjadi cerita berunsurkan fitnah dan negatif yang boleh menggugat keharmonian negara.

Sehubungan itu, Cheng Guan mencadangkan supaya portal tersebut dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan termasuk ditutup bagi mengelakkan daripada terus mewujudkan budaya menghasut.

Sementara itu, Mohd. Rasid memberitahu, media diakui berpengaruh dan berkuasa dalam penyebaran maklumat sehingga mampu membentuk pemikiran rakyat.

“Media mempunyai kuasa un­tuk menyebarkan maklumat secara meluas, maka jangan menyalahgunakan kuasa yang ada, sebaliknya membantu memperbaiki masalah sejagat dengan menyiarkan laporan-laporan tepat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain