Beliau juga turut menjunjung kasih dan taat setia kepada baginda walaupun tiada sebab yang dikemukakan oleh pihak istana.

"Tuanku Sultan mana-mana negeri berhak mengurniakan anugerah ataupun menarik balik sama ada menyatakan sebab atau tidak.

"Itu tidak menjadi masalah dan saya akan tetap meneruskan khidmat sebagai ahli politik dan ketaatan saya pada baginda kekal seperti biasa.

"Saya menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang memaklumkan perkara tersebut petang semalam," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) termasuk seorang lagi Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkuat kuasa pada 6 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE