Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berdasarkan kenyataan terbuka Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai hubungan tersebut.

“Kenyataan Perdana Menteri  menunjukan sangat positif dan ada tanda berlaku perubahan positif hubungan negeri dan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama di Dewan Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad; Pengerusi DHPP Pusat, S. Balasubramaniam dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr. Bala Chandran.

Dalam pada itu, Abdul Hadi  percaya kerajaan Pusat akan memberikan royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian kepada negeri ini.

Katanya, kepemimpinan parti itu telah dimaklumkan Kabinet telah membuat keputusan untuk membayar royalti sebanyak lima peratus.

“Bila tarikh pembayaran akan dibuat tidak ada tetapi saya percaya Dr. Mahathir  akan menunaikan janji,” katanya. - UTUSAN ONLINE