Pengerusinya, Mohd. Noh Bachok berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat dan menahan bekas Perdana Menteri itu di bawah akta hasutan demi keharmonian dan ketenteraman awam.

“Kenyataan Tun Dr. Mahatir yang mengatakan kaum Bugis berasal dari lanun merupakan penghinaan kepada masyarakat tersebut dan mendesak kepimpinan Pakatan Harapan untuk memohon maaf dengan segera.

“Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menafikan orang bugis banyak menyumbang kepada pembentukan dan pembangunan Malaysia hingga hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mahathir dalam himpunan itu menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis. - UTUSAN ONLINE