Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan berkata, sikap Kit Siang yang tidak menyatakan pendiriannya dan berdiam diri berhubung isu ini sebaliknya menjadi persoalan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mengisytiharkan dirinya ketua semua kaum dan mengikut dasar kesamaan bangsa, Kit Siang sepatutnya meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf.

“Kenyataan menghina Dr. Mahathir kepada etnik Bugis sangat memalukan Malaysia. Pemimpin Indonesia, Jusuf kalla kini turut meminta Dr. Mahathir memohon maaf. Saya baru pulang dari Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat Bugis tempatan di sana. Mereka menyatakan kekecewaan dan kemarahan mereka mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Kit Siang harus menegur Dr. Mahathir untuk meminta maaf. Sekiranya dia tidak berbuat demikian maka dia akan dianggap sebagai perkauman oleh orang lain dan dengan sikap berdiam diri, dia sebenarnya mengkhianati mantera politiknya persamaan kaum demi kepentingan politik,” katanya.-UTUSAN ONLINE