Dr. Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak buat tuduhan kepada orang Bugis, saya buat tuduan kepada orang Bugis yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Jadi tidak perlulah saya minta maaf kerana saya tak kata benda itu," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 PAN di sini hari ini.

Dr. Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr. Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr. Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf. - UTUSAN ONLINE